Aturcara Kerja Lapangan
3 Oktober 2019 (Khamis)
3 Oktober 2019 (Khamis)
Lokasi:
Masa Bertolak:
Tempat Berkumpul:
9.45 am :
10.30 am :
11.15 am :
12.00 pm :
1.00 pm :
2.00 pm :
|
Kundasang Sabah
7.30 am
Lobi The Palace Hotel, Kota Kinabalu
Dijangka sampai ke Tapak 1: Lembah Permai Kundasang (Semua Kumpulan)
Fasilitator: Dr. Frederik F. Tating Bergerak ke Tapak 2: Mesilau (Kumpulan 1)
Fasilitator: En. Arthur Makulim Bergerak ke Tapak 3: Zen Garden (Kumpulan 2) Fasilitator: En. Bailon Golutin ~ Pertukaran Tapak ~
Bergerak ke Tapak 2: Mesilau (Kumpulan 2) Fasilitator: En. Arthur Makulim Bergerak ke Tapak 3: Zen Garden (Kumpulan 1) Fasilitator: En. Bailon Golutin Bergerak ke Zen Garden Resort
Makan tengahari
Bergerak ke Kota Kinabalu
|
Tentatif Aturcara Seminar
4 Oktober 2019 (Jumaat) - Conference Room 1&2, Level B
4 Oktober 2019 (Jumaat) - Conference Room 1&2, Level B
8.00 - 9.00 am :
9.00 - 9.30 am :
9.30 - 9.50 am :
9.50 - 10.05 am :
10.05 - 10.25 am :
10.25 - 10.45 am :
10.45 - 11.05 pm :
11.45 - 2.00 pm :
2.00 - 3.00 pm :
3.00 - 3.30 pm :
3.30 - 5.15 pm :
7.00 pm :
|
Pendaftaran
Acara Pembukaan
Pengucaptama 1: Prof. Dr. Felix Tongkul
Earthquakes Hazard in Sabah - Way Forward
Minum Pagi
Pengucaptama 2: Prof. Madya Dr. Rodeano Roslee
Debris Flow in Sabah: Issues and Challenges
Pengucaptama 3: Prof. Dr. Tajul Anuar Jamaluddin
Tanah Runtuh Pendam-Tua di Terain Perbukitan dan Tanah Tinggi Tropika – Beberapa Kajian Kes dari Malaysia
Pengucaptama 4: Ir. Charles Yeo Boon Poh
Flood Mitigation in Sabah
Makan Tengahari
Sesi Pembentangan Selari 1A/1B/1C
Minum Petang
Sesi Pembentangan Selari 2A/2B/2C
Majlis Makan Malam
|
Aturcara Ekskursi
5 Oktober 2019 (Sabtu)
5 Oktober 2019 (Sabtu)
Daerah kecil Kiulu hanya mengambil jarak perjalanan lebih kurang sejam lebih sahaja dari bandar Kota Kinabalu yang juga terletak di kaki Banjaran Crocker di mana gunung tertinggi di Asia Tenggara terletak iaitu Gunung Kinabalu. Gunung Kinabalu juga boleh kelihatan dari Pekan Kiulu ketika awan tidak melindungi puncaknya. Setiap bulan Mac , pekan Kiulu akan dilawati oleh peminat acara aktiviti lasak yang mengikuti acara larian berperingkat antarabangsa iaitu acara Borneo Ultra-Trail Marathon yang menjadikan lembah Kiulu sebagai gelanggang acara larian lasak ini. Majoriti kaum etnik yang duduk di kawasan daerah Kiulu adalah dari etnik Dusun-Kadazan yang sebahagian besar punca pendapatan mereka adalah dari sektor pertanian.
Dalam Bahasa Dusun-Kadazan perkataan “Kiulu” diambil dari sejenis tumbuhan yang dipanggil “Tulu” iaitu sejenis rumpun buluh yang kecil kebiasaannya tumbuh di tebing sungai. Sepanjang perjalanan di daerah Kiulu pengunjung dapat melihat kebun getah, kebun buah-buahan seperti nenas dan padi sawah atau padi bukit. Lawatan peserta pada awal bulan Oktober memberi kesempatan untuk melihat bendang padi sawah atau padi bukit yang menghijau di mana pokok-pokok padi adalah dalam fasa pembesaran di dalam Lembah Kiulu yang ditanam secara tradisional mengikut musim penanaman setiap tahun.
Dari Kota Kinabalu memasuki daerah Kiulu, para peserta akan melalui pekan Tamparuli yang menjadi pintu masuk daerah Kiulu. Pekan Tamparuli terkenal sebagai tempat berkumpul bagi petani kawasan sekitar Tamparuli pada setiap Rabu pagi untuk menjual hasil-hasil mereka. Hari tersebut dikenali sebagai “Tamu Tamparuli”. Suasananya adalah seperti Pasar Tani yang terkenal di kawasan Semenanjung Malaysia. Berdekatan dengan Tamu Tamparuli ini, terdapatnya Jambatan Gantung Tamparuli yang terkenal dan akan menjadi tempat persinggahan pertama untuk lawatan Seminar Bencana Alam 2019. Jambatan Gantung Tamparuli ini juga amat terkenal dengan adanya lagu Rakyat Sabah dengan tajuk yang sama.
|
Setelah selesai lawatan di Jambatan Gantung Tamparuli, peserta-peserta akan mula naik ke aras lebih tinggi memasuki daerah kecil lembah Kiulu. Sepanjang perjalanan hingga sampai ke Pusat Rekreasi Tagal Kampung Poturidong, peserta akan disajikan dengan pemandangan Lembah Kiulu yang terkenal dengan sungainya yang menjadi pusat aktiviti “White Water Rafting”. Aktiviti “White Water Rafting” di Kiulu ini amat sesuai untuk mereka yang belum pernah ada pengalaman “water rafting”. Bergantung kepada keadaan, kedalaman sungai mengikut cuaca adalah sekitar 7 kilometer hingga 15 kilometer.
|
Lembah Kiulu juga terkenal sebagai lembah yang mempunyai bilangan beratus jambatan gantung yang di mana antaranya akan dilalui di bawahnya oleh peserta water rafting sambil menikmati pemandangan semula jadi Lembah Kiulu yang berbukit bukau. Peserta juga berpeluang memperoleh pengalaman meniti jambatan gantung seperti penduduk tempatan ketika beriadah di Pusat Rekreasi Tagal Kampung Poturidong. Di Pusat Rekreasi Tagal Kampung Poturidong, peserta berpeluang bermain dengan ikan kelah dan ikan lampam yang jinak di Sungai Kiulu. Bagi mereka yang berminat juga untuk memberikan makanan kepada ikan, makanan ikan ada dijual di koperasi Pusat Rekreasi Tagal Kampung Poturidong dalam nilai RM2 hingga RM5 mengikut kuantiti. Sementara menunggu masa untuk pulang semula ke Kota Kinabalu, pengunjung Fish Spa Kampung Poturidong boleh juga bermandi-manda di Sungai Kiulu.
Keperluan yang digalakkan bawa bersama ketika lawatan:
PENAFIAN
Penganjur adalah bebas daripada menanggung semua atau apa-apa ganti rugi, kehilangan, perbelanjaan kos atau tuduhan-tuduhan yang mungkin timbul atau boleh dijadikan tanggung jawab yang mana melibatkan pihak penganjur tersebut sepanjang mengikuti aktiviti-aktiviti ekskursi ini.
INSURANS
Peserta adalah digalakkan untuk mengambil insurans persendirian bagi peserta yang mengikuti aktiviti Kerja Lapangan dan Ekskursi.
Keperluan yang digalakkan bawa bersama ketika lawatan:
- Tuala
- Baju gantian
- Selipar/Sandal
- Kasut sukan
- Ubat peribadi
- Insect repellent
PENAFIAN
Penganjur adalah bebas daripada menanggung semua atau apa-apa ganti rugi, kehilangan, perbelanjaan kos atau tuduhan-tuduhan yang mungkin timbul atau boleh dijadikan tanggung jawab yang mana melibatkan pihak penganjur tersebut sepanjang mengikuti aktiviti-aktiviti ekskursi ini.
INSURANS
Peserta adalah digalakkan untuk mengambil insurans persendirian bagi peserta yang mengikuti aktiviti Kerja Lapangan dan Ekskursi.