Panduan Penyertaan
Pihak penganjur amat mengalu-alukan penghantaran kertas kerja yang boleh dibentangkan secara lisan. Pembentangan boleh di dalam Bahasa Melayu ataupun Inggeris. Berikut adalah senarai yuran-yuran yang dikenakan:
JENIS PENYERTAAN
|
JUMLAH (RM)
|
Peserta
Pembentang - Pelajar
Pembentang - Profesional
Ekskursi
Kertas kerja tambahan
Membawa pasangan ke Majlis Makan Malam
|
100.00
|
MAKLUMAT PEMBAYARAN
Transaksi pembayaran yuran penyertaan boleh dilakukan secara elektronik, deraf bank dan cek. Bagi pembayaran secara elektronik, maklumat akaun bank adalah seperti berikut:
Transaksi pembayaran yuran penyertaan boleh dilakukan secara elektronik, deraf bank dan cek. Bagi pembayaran secara elektronik, maklumat akaun bank adalah seperti berikut:
Nama akaun
No. akaun
Kod Swift
Nama bank
Alamat bank
|
Universiti Malaysia Sabah
5100-130-24241
MBBEMYKLXXX (untuk pemindahan telegraf dari luar negara)
Malayan Banking Berhad (Maybank)
Maybank, No. 9, Jalan Pantai, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
|
- Pembayaran hendaklah dilakukan sebelum pendaftaran.
- Setiap pembayaran secara elektronik hendaklah disertai dengan lampiran bukti pembayaran dan dihantar melalui email kepada: [email protected] dan dimuat naik melalui borang pendaftaran seminar secara atas talian.
- Pembayaran melalui deraf bank/cek hendaklah dibayar kepada ‘Bendahari Universiti Malaysia Sabah’ berdasarkan alamat berikut:
Asmahani Awang
Bendahari Seminar Bencana Alam 2019 Fakulti Sains Dan Sumber Alam Universiti Malaysia Sabah Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah Malaysia Tel: +6088 320000 Samb. 5584 |
Penghantaran Abstrak
Bagi tujuan penentuan penerimaan kertas kerja, abstrak perlu dihantar sebelum atau pada 31 Julai 2019. Abstrak boleh ditulis di dalam Bahasa Melayu ataupun Inggeris. Muat turun templat abstrak yang berikut bagi format penulisan.
Penghantaraan abstrak adalah melalui pengurusan easychair pada pautan berikut:
https://easychair.org/conferences/?conf=sba19
https://easychair.org/conferences/?conf=sba19
Penghantaran Kertas Kerja
Kertas kerja yang telah diterima boleh ditulis di dalam Bahasa Melayu ataupun Inggeris. Walau bagaimanapun, hanya kertas kerja yang ditulis di dalam Bahasa Inggeris sahaja yang akan diwasit dan diterbitkan di dalam makalah berindeks scopus – Akademi Sains Malaysia (ASM). Penerbitan ini adalah bergantung kepada cadangan pewasit. Kertas kerja yang dihantar, perlu mengikuti Panduan Penulisan seperti templat yang disediakan.
Penghantaraan kertas kerja adalah melalui pengurusan easychair pada pautan berikut:
https://easychair.org/conferences/?conf=sba19
https://easychair.org/conferences/?conf=sba19
Sewaan Booth
Pihak penganjuran mengalu-alukan penyertaan pameran booth pada Seminar Bencana Alam 2019 dan juga National Geoscience Conference 2019. Sila berhubung dengan Dr. Rahmath Abdullah ([email protected]) untuk maklumat lanjut.